Aktiviti dan letusan 2008 Nevado del Huila

Nevado del Huila telah menjadi aktif semula di dalam bulan Mac 2008. Selepas beberapa gempa bumi di dalam gunung berapi berkenaan, pihak berkuasa Colombia telah mengisytiharkan isyarat kecemasan lampu kuning pada 18 Mac.[4] Isyarat kecemasan telah dinaikkan ke lampu jingga pada 29 Mac, bermakna satu letusan boleh dijangka bila-bila masa berkemungkinan dalam tempoh beberapa hari atau beberapa minggu. Ratusan penduduk telah dipindahkan.[5] Pada 14 April 2008 iaitu pada 11:08 malam, satu letusan abu gunung berapi telah berlaku, menyebabkan kerajaan telah mengeluarkan isyarat lampu merah dan memindahkan 13,000 hingga 15,000 penduduk dari sekitar gunung itu.[6] Keadaan isyarat lampu merah telah diturunkan ke lampu jingga pada 16 April berikutan tamatnya aktiviti berkenaan.[7]

Letusan November 2008

Pada 21 November 2008, gunung berapi tersebut meletus pada pukul 0245 GMT menurut Colombian Institute of Geology and Mining(Institut Geologi dan Perlombongan Colombia).[8] BBC news melaporkan bahawa beberapa orang masih hilang dan bantuan kecemasan tidak dapat dihulurkan ke kawasan-kawasan terpencil. Pada November 23, 2008, pihak berkuasa Colombia melaporkan 10 kematian, dengan 12,000 penduduk berhampiran telah dipindahkan. [9] Letusan tersebut mengakibatkan runtuhan salji dan serpihan-serpihan batu yang merosakkan rumah, jambatan dan hasil tanaman.[10] Tiga pekan kecil iaitu Paicol, La Plata dan Belalcázar merupakan antara kawasan yayng terlibat dalam kejadian ini.[11]

Presiden Colombia Alvaro Uribe bergegas ke tempat kejadian selepas gunung berapi itu meletus. Kewujudan sistem kebangsaan yang sedia ada dalam menangani dan menghadapi malapetaka [12] seperti latihan kepada penduduk tempatan di kawasan yang berisiko tinggi dan juga pemasangan sistem penggera di pekan-pekan berdekatan dilaporkan berjaya mengurangkan jumlah kematian.[8] Presiden Alvaro Uribe mengarahkan Tentera Udara Colombia supaya mewujudkan "jambatan udara" bagi menyalurkan bantuan ke kawasan-kawasan yang ditenggelami air di sepanjang Rio Paez.[13]

Rujukan

WikiPedia: Nevado del Huila http://intranet.ingeominas.gov.co/popayan/P%C3%A1g... http://www.sigpad.gov.co/noticias_detalle.aspx?idn... http://www.cnn.com/2007/WORLD/americas/04/18/colum... http://colombiareports.com/2008/03/18/yellow-alert... http://colombiareports.com/2008/03/29/sate-of-aler... http://colombiareports.com/2008/04/16/reduced-acti... http://www.eltiempo.com/nacion/2007-02-20/ARTICULO... http://www.eltiempo.com/nacion/cali/2007-04-18/ART... http://www.google.com/hostednews/ap/article/ALeqM5... http://www.laht.com/article.asp?ArticleId=321142&C...